iniAKU

the pain is temporary,but the pride is forever



hari yg bosan+bebal+suram+sunyi+++ lagi?? kau tambah sendiri. dah tau bosan. tak reti2? text la sesape,kawan ke, teman, rakan taulan segala.message skandal ke kan.hah, kau ada? ade brapa? dua? bagi aku satuh, x baik kedekut.ingat tu!

fon pulak sengal, time2 cmni la dia hang. kau penah terjadi fenomena tu tak? sape yg pkai fon mahal, kompem penah hang punye. owh..bukan bermaksud aku nak cakap fon aku mahal sangat..sikit tu adela..kahkah.(jangan nak perasan). tak sekali pon, dua kali mesti penah la. beli mahal, tapi kenapa hang?
hang disini maksud aku lembab, lambat, kaku. nak message "hi awak" pon sejam nunggu nak bukak text message tu. aku geram.kau geram tak? agak2 kalu msg "hi awak, buat per, dah exercise belom tuh?"
berapa lame masa nak amik?? goreng ayam pon sempat.

tapi penah kau dengar fon yg zaman batu dulu tu, maksud aku fon yg lampu kuning tu, tak pon lampu biru. pergh! servis terbaik. buat baling anjing pon boleh. yang fon tu rilex je, takda cedera, anjing yg semput. tengok kehebatan fon tu dibandingkan dengan anjing. maksud aku anak anjing.kalau kau baling mak anjing, ngn kau2 sekali semput nanti. aku tak jamin.




itu fon pertama aku pkai zaman muda2 dulu. zaman aku form 3 skola dulu, sambar fon 3315.. kenal lagik? ala, yg besar penumbuk tu.
time mula2 pakai, biasala..fon lampu kuning tu je aku kenal..bila dah nak masuk matrix, dah pandai demand. "umi, kak nok beli fon baru buleh dok? Nok wak gape pkai hok baru, fon tu kan molek lagi..bazir je" (aku org ganu okay, kang aku cakap kayEll korg cakap poyo plak..haha).. terus down dengar ucapan tu.huh.kena guna Plan B nampaknya. nak fon baru punya pasal, aku amik gelas, bagi air penuh sket.celop fon 3315 tu dalam air. gaya mcm kau celop udang dalam tepong.

Dengan gembiranya aku angkat fon tu, basah!dalam dan luar! yeah! ade peluang dpt fon baru. "ehem..ehem..err Aboh, fon punah dah..kakak rase kena beli hok baru ni"

Malam tu saje2 aku on fon tu, sekali bole la pulak.frust gile! mungkin kurang berkat tipu emak tadi. tape, usaha kedua. aku celop lagi skali dalam air.kali ni aku tahan kasi lame sikit.hehehe.. bagi sebati air tu meresap.
bila dibukak, alhamdullillah..berjaya akhirnya! selamat jalan utk kau 3315 and selamat datang nokia 6600..dunia bersama fon lampu berwarna warni pulak ye.. katakan tidak pada talifon lampu kuning.alergic! dan woot! fon iDAMAN aku sekarang 5800 express music..kau tunggu aku datang!

aku 3315.kalau korang? takkan 3310 kot..hehe. fon ape yang mula2 korang ada?jangan cakap fon booth. T_T


kamus bahasa


punah == rosak
dok == tak
wak == buat
gapa ==apa

Related Post



Related Posts with Thumbnails